ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989

BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH ISLAM



Seksyen 19. Jemaah, guru dan pekerja hendaklah membantu Nazir Sekolah Islam.

(1) Mana-mana anggota Jemaah, guru atau pekerja Sekolah Islam hendaklah memberi segala kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah Islam atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan dan hendaklah memberi segala maklumat dan mengemukakan segala buku, akaun dan lain-lain dokumen yang mungkin dikehendaki.

(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.