ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN I - PERMULAAN
BAB I



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Kerajaan" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 [Enak.6/85];

"Kadi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 [Enak.6/85];

"Kadi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 [Enak.6/85];

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 [Enak.6/85];

"Mahkamah Rayuan Syariah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 [Enak.6/85];

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Melaka;

"Masjid" ertinya bangunan yang didirikan atau digunakan atau akan digunakan untuk menunaikan Sembahyang Jumaat dan upacara lain yang berkaitan dengan Agama Islam dan termasuk juga madrasah yang digunakan untuk menunaikan sembahyang Jumaat;

"Negeri" ertinya Negeri Melaka;

"pegawai masjid" ertinya imam, khatib, bilal dan noja sesebuah masjid yang telah dilantik oleh Majlis;

"peguam" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 [Enak.6/85];

"Peguam Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 [Enak.6/85];

"Pemeriksa Agama" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985 [Enak.6/85].

(2) Semua perkataan, perbahasan, takrifan dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini tetapi tidak ditakrifkan di dalamnya maka takrifan dalam Ordinan Tafsiran dan Klausa-Klausa Am 1948 [Ord. 7/84] hendaklah dipakai.

(3) Jika timbul sebarang kekeliruan atau kekabuan dalam memberi erti sesuatu perkataan, perbahasan dan rangkaikata mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi takrifan kepada perkataan, perbahasan dan rangkaikata sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.