ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 11. Cara menangkap.

(1) Apabila Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis atau orang lain hendak membuat tangkapan, dia hendaklah dengan sebenarnya memegang atau menahan badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan ada penyerahan diri kepada tangkapan itu sama ada melalui percakapan atau tingkahlakunya.

(2) Jika orang itu melawan dengan kekerasan cubaan penangkapan itu atau cuba mengelak daripada tangkapan itu, pegawai atau orang lain itu boleh menggunakan sebarang langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Seksyen ini tidak sekali-kali memberi hak untuk menyebabkan kematian pada mana-mana orang.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.