ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 2 - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 74. Pemeriksaan pengadu.

(1) Apabila seseorang Hakim mengambil tahu akan suatu kesalahan apabila aduan dibuat, Hakim itu hendaklah serta-merta memeriksa pengadu itu atas sumpah seperti dalam Borang 6, Jadual dan isi pemeriksaan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu dan juga oleh Hakim itu.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi aduan mengenai suatu kesalahan, di mana saman telah dipohon oleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam suatu kes saman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.