ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 159. Petisyen rayuan.

(1) Dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh alasan keputusan diserahkan menurut seksyen 158 (2), perayu hendaklah memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah satu petisyen rayuan dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Setiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi butir-butir tentang persoalan undang-undang atau fakta yang berhubungan, yang Mahkamah membicarakannya dikatakan telah silap dan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah, perayu tidak boleh dibenarkan semasa rayuan didengar untuk bergantung kepada mana-mana alasan rayuan yang lain daripada yang dinyatakan di dalam petisyen.

(3) Jika sesuatu petisyen tidak difailkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini rayuan itu hendaklah dianggap telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa di dalam subseksyen ini boleh dianggap sebagai menghadkan atau menyekat kuasa memanjangkan tempoh yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 162.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.