ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri



Seksyen 73. Menjual atau memberi anak.

(1) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang didapati menjual, memberi atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Penjualan, pemberian atau penyerahan yang sedemikian itu adalah tidak sah dan anak itu hendaklah atas perintah Mahkamah diserahkan kepada jagaan Majlis. Atas permintaan Majlis, Mahkamah boleh pada bila-bila masa memberi arahan selanjutnya mengenai penjagaan anak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.