ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 64. Kuasa Mahkamah mengubah perjanjian hadhanah atau nafkah anak.

Mahkamah boleh pada bila-bila masa mengubah syarat-syarat suatu perjanjian hadhanah atau nafkah anak, sama ada perjanjian itu dibuat sebelum atau selepas tarikh kuatkuasa Enakmen ini dan walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu, jika Mahkamah berpuashati bahawa adalah menasabah dan bagi kebajikan anak itu untuk berbuat demikian.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.