ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan-perbadanan.

(1) Majlis bolehlah, dengan persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, dari semasa kesemasa melaui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan dengan nama sebagaimana Majlis fikirkan sesuai, untuk menjalankan dan menjaga, mengelola dan menguruskan apa-apa projek, skim atau enterprais yang telah dirancang untuk diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan dan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Majlis hendaklah dengan persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, melalui perintah yang sama atau yang lain, membuat peruntukan-peruntukan mengenai sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) yang menggariskan -

(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.