ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AMANAH KHAIRAT



Seksyen 45. Wakaf dan nazr.

Walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, setakat mana-mana harta yang tersentuh olehnya dan yang terletak di dalam Negeri Sabah dan, jika pembuat penyelesaian harta itu atau lain-lain orang yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazr am itu telah berdomisil di Negeri Sabah, setakat semua harta yang tersentuh olehnya di mana jua harta itu terletak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.