ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXV - SYURAKH ( INTERPLEADER )



Seksyen 185. Di mana dibenarkan.

Apabila seorang ( yang dalam Bahagian ini dipanggil "pemohon" ) dituntut ataupun akan dituntut oleh mana-mana dua orang atau lebih bagi atau mengenai apa-apa hutang atau harta yang ia tidak menuntut apa-apa kepentingan selain daripada perbelanjaan dan kos, dan orang-orang itu membuat tuntutan terhadap satu sama lain, pemohon boleh meminta relief dengan cara syurakh dalam Mahkamah di mana dia telah dituntut itu atau, jika belum lagi dituntut dalam mana-mana Mahkamah di mana dia mungkin dituntut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.