ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 76. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau pada bila-bila masa membatalkan, mana-mana perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atas apa-apa salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika apa-apa perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.