ENAKMEN 16 TAHUN 1992
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 55. Ikrar tentang tulisan, tandatangan atau meterai.

(1) Ikrar tentang tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima sebagai ikrar orang yang menulis atau yang melaksanakan dokumen itu.

(2) Sesuatu ikrar melalui dokumen yang ditulis atau yang disebabkan ditulis oleh seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada seorang lain hendaklah diterima sebagai ikrar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.