ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Dokumen Awam
Seksyen 61. Bukti dokumen rasmi.
(1) Dokumen awam yang berikut bolehlah dibuktikan seperti berikut-
(
a
) tindakan, perintah atau pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri di dalam Persekutuan dalam mana-mana jabatannya-
(i) dengan jalan rekod bagi jabatan itu yang diperakui oleh ketua bagi jabatan itu masing-masing; atau
(ii) oleh seseorang Menteri sekiranya bagi Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri Kerajaan Negeri, jika ada, atau Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya bagi Kerajaan Negeri; atau
(iii) dengan jalan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan itu;
(
b
) perjalanan mesyuarat Parlimen, Majlis Mesyuarat Perundangan dan Dewan Undangan Negeri-
dengan jalan minit mesyuarat badan itu, atau dengan jalan Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang diterbitkan, atau dengan jalan salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
(
c
) perjalanan mesyuarat sesuatu badan perbandaran atau lembaga bandaran di dalam Malaysia-
dengan jalan suatu salinan minit mesyuaratnya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, atau dengan jalan sesuatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan yang tersebut itu;
(
d
) tindakan badan eksekutif atau perjalanan mesyuarat badan perundangan sesebuah negara asing-
dengan jalan
Warta
yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di dalam negara itu sebagai yang demikian itu, atau dengan jalan suatu salinan yang diperakui yang mengandungi meterai negara itu atau meterai Rajanya; atau dengan jalan sesuatu pengiktirafan atasnya dalam sesuatu Ordinan atau Akta Malaysia;
(
e
) dokumen awam dari apa-apa jenis lain di dalam sesebuah negara asing-
dengan jalan naskhah asalnya, atau dengan jalan suatu salinan yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, berserta dengan suatu perakuan yang mengandungi meterai seseorang pegawai bahagian konsul Persekutuan yang menyatakan bahawa salinan itu adalah diperakui dengan sempurnanya oleh pegawai yang ada naskhah asalnya itu di bawah jagaannya yang sah di sisi undang-undang dan apabila jenis dokumen itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.