ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN



Seksyen 47. Muta'ah kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.

Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon muta'ah kepada Mahkamah dan Mahkamah boleh, selepas mendengar kedua-dua belah pihak itu, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut apabila berpuashati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.