ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 82. Mahkamah boleh menganggap sesuatu nyataan sebagai ada.

Mahkamah bolehlah menganggap ada apa-apa nyataan yang difikirkan telah berlaku, setelah menimbangkan peristiwa tabii yang biasanya berlaku, kelakuan manusia, dan urusan awam dan peribadi dalam perhubungannya dengan nyataan bagi sesuatu hal yang tertentu.

Huraian 1-Perjalanan kehakiman dan pentadbiran telah dilaksanakan mengikut peraturan.

Huraian 2-Perjalanan biasa di dalam sesuatu urusan telah dibukti.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.