ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 96. Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula.

(1) Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa-utama, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak Iawan, diperiksa-baIas, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak yang telah memanggil mereka, diperiksa semula.

(2) Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubungan dengan fakta-fakta relevan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta-fakta yang telah diterangkan oleh saksi itu dalam pemeriksaan - utamanya.

(3) Pemeriksaan semula hendaklah diarahkan kepada penghuraian perkara-perkara yang disebutkan dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, perkara baharu dikemukakan di dalam pemeriksaan semula, maka pihak lawan boleh selanjutnya memeriksa-balas atas perkara itu.

(4) Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sarna ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas selanjutnya, dan jika Mahkamah membenarkan demikian itu, maka pihak-pihak tersebut adalah berhak kepada pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula selanjutnya masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.