ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 104. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan, dll.

Apabila menimbangkan apa-apa soal berhubung dengan penjagaan atau nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah hendaklah, bilamana boleh dilaksanakan, menerima nasihat seseorang, sama ada pegawai awam atau tidak, yang terlatih atau berpengalaman dalam kebajikan kanak-kanak tetapi Mahkamah tidaklah terikat untuk mengikuti nasihat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.