ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab X - DARIHAL PEMBICARAAN
Seksyen 98. Prosedur-prosedur dalam pembicaraan.
Prosedur seperti berikut hendaklah diikuti oleh Kadi dalam pembicaraan-
(
a
) apabila orang yang dituduh menghadirkan diri atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh itu hendaklah dirangka dan dibaca serta diterangkan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada mengaku salah atas pertuduhan itu atau meminta dibicarakan;
(
b
)
jikalau orang yang dituduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada atas pertuduhan asal atau yang dipinda maka pengakuan itu hendaklah direkod dan dengan itu dia bolehlah disabitkan kesalahan tersebut :
Dengan syarat sebelum direkodkan pengakuan salah itu Mahkamah hendaklah menentukan orang yang dituduh itu faham akan keadaan dan akibat daripada pengakuannya itu dan dia mahu mengaku, tanpa bersyarat, terhadap kesalahan yang dipertuduhkan;
(
c
)
jikalau orang yang dituduh itu enggan mengaku salah atau tidak mengaku salah atau meminta dibicarakan, maka Mahkamah hendaklah terus mendengar keterangan pengadu (jika ada) dan mengambil semua keterangan yang dikemukakan bagi menyokong pendakwaan itu;
(
d
)
apabila Mahkamah mendapatinya perlu ia hendaklah mengambil daripada pengadu atau lain-lainnya nama-nama orang yang mungkin mengetahui tentang kenyataan-kenyataan kes itu yang boleh memberi keterangan bagi pendakwaan, dan hendaklah memanggil mereka itu untuk memberi keterangan di Mahkamah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah;
(
e
)
orang yang dituduh itu hendaklah dibenarkan menyoal balas semua saksi-saksi bagi pendakwaan;
(
f
)
jika, selepas daripada mengambil semua keterangan seperti yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpendapat ada kes terhadap orang yang dituduh itu yang dibuktikan yang mana jika tidak dibuktikan sebaliknya akan mensabitkan kesalahannya maka Mahkamah hendaklah memerintahkan yang dituduh itu bersumpah syar'i menafikan pertuduhan itu dan kemudiannya merekodkan pembebasan;
(
g
)
tiadalah apa-apa dalam perenggan (
f
) boleh disifatkan menghalang Mahkamah daripada melepaskan orang yang dituduh pada mana-mana juga peringkat terdahulu dalam kes itu jika dengan sebab-sebab yang direkod oleh Mahkamah bahawa pertuduhan itu sama sekali tidak berasas;
(
h
)
jika, setelah mengambil keterangan itu, Mahkamah berpendapat ada alasan-alasan untuk menganggapkan bahawa orang yang dituduh itu telah melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu berkuasa membicarakan dan pada pendapatnya kes itu patut dibicarakannya, maka ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan terhadap orang yang dituduh itu dan hendaklah memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan ini;
(
i
)
jika pertuduhan itu dipinda ia hendaklah dibacakan kepada orang yang dituduh seperti yang dipinda itu dan ditanya balik sama ada dia mengaku salah atau ada sebarang pembelaan yang hendak dibangkitkannya;
(
j
)
jika orang yang dituduh itu tidak mengaku salah terhadap pertuduhan yang telah dipinda itu atau jika tidak ada pindaan yang dibuat orang yang dituduh hendaklah dipanggil untuk membela dirinya dan memberi keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa dia membela diri itu dibenarkan memanggil semula dan memeriksa balas mana-mana juga saksi yang hadir dalam Mahkamah atau kawasan Mahkamah itu;
(
k
)
jika diminta pembelaannya maka yang dituduh boleh menyatakan pembelaannya secara ringkas kepada Mahkamah dan selepas itu boleh sama ada;
(i) memberi keterangan-keterangan berikrar bagaimana yang terkandung dalam Borang 4C daripada Jadual dan ianya boleh diperiksa balas, tetapi tidak boleh diperiksa mengenai kelakuannya atau lain-lain kesalahan yang tidak dipertuduhkan; atau
(ii) boleh memberi keterangan dengan tidak berikrar dalam mana ianya tidak boleh diperiksa balas; atau
(iii) boleh berdiam sahaja;
(
l
)
jika orang yang dituduh itu memberikan apa-apa kenyataan bertulis Mahkamah hendaklah memfailkan kenyataan itu bersama-sama dengan rekodnya;
(
m
)
(i) jika orang yang dituduh itu memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan sebarang proses untuk meminta kehadiran mana-mana saksi (sama ada ia telah atau belum diperiksa berkenaan dengan kes itu sebelumnya) untuk tujuan diperiksa atau untuk menunjukkan sebarang dokumen atau lain-lain barang, maka Mahkamah hendaklah mengeluarkan proses itu melainkan jika ia berpendapat permohonan yang seumpama itu patut ditolak atas alasan bahawa ianya dibuat dengan tujuan mengganggu atau melambatkan atau menjejaskan matlamat keadilan. Alasan yang seumpama itu hendaklah direkodkan secara bertulis;
(ii) Mahkamah bolehlah sebelum menyaman mana-mana juga saksi atas permohonan yang seumpama itu, menghendaki supaya perbelanjaan yang munasabah untuk kehadiran saksi-saksi itu bagi tujuan pembicaraan itu didepositkan kepada Mahkamah;
(
n
)
(i) jika Mahkamah berpendapat orang yang dituduh tidak bersalah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
(ii) jika Mahkamah berpendapat orang yang dituduh bersalah atau jika pengakuan salahnya telah direkodkan dan diterima, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang;
(
o
) apabila pembicaraan yang telah dijalankan itu berpunca daripada aduan yang dibuat dengan jalan sumpah di bawah seksyen 73 dan pada hari yang ditetapkan untuk pembicaraan kes itu pengadu tidak hadir, maka Mahkamah bolehlah atas budibicaranya, walau apapun yang diperuntukkan terdahulu daripada ini, melepaskan orang yang dituduh itu pada bila-bila masa juga sebelum memanggilnya untuk membela diri;
(
p
)
jika orang yang dituduh itu tidak hadir pada masa dan tempat yang disebutkan dalam saman itu dan Mahkamah berpendapat yang saman itu telah disampaikan dengan sempurnanya dalam masa yang berpatutan sebelum masa yang ditetapkan untuk hadir dan tidak ada sebab-sebab yang mencukupi yang dikemukakan untuk menangguhkan pembicaraan itu, maka Mahkamah bolehlah sama ada meneruskan pembicaraan itu
ex parte
dan memutuskan aduan itu atau menangguhkan pembicaraan itu ke suatu hari lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.