ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 62. Pelantikan Pegawai Masjid

(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Sabah, Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Imam, Bilal dan Pembantu Bilal.

(2) Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Majlis dan Menteri, Imam dan Bilal hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam Negeri Sabah.

(3) Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah subseksyen (2) Majlis hendaklah melantik Imam dan Bilal dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(4) Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid hendaklah dilantik dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(5) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, telah menjadi Imam, Bilal atau Pembantu Bilal semua masjid di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah Enakmen ini sebagai Imam, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 64, terus memegang jawatan sebagai Imam, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.