ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 24. Kesalahan yang dilakukan di hadapan Hakim

Apabila apa-apa kesalahan dilakukan di hadapan seorang Hakim di dalam had bidang kuasa tempatannya, dia sendiri boleh menangkap atau memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menangkap pesalah itu dan boleh sesudah itu, tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini tentang jaminan, meletakkan pesalah itu dalam jagaan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.