ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 130. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan prosedur dalam semua perbicaraan hal-ehwal suami-isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaraan di bawah Enakmen ini hendaklah di kawal oleh amalan dan prosedur Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Undang-undang Pentadbiran Ugama Islam 1965 setakat mana amalan dan prosedur itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan prosedur dalam perbicaraan hal-ehwal suami isteri yang tidak diperuntukan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan prosedur yang difikirkannya wajar mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.