ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 63. Pegawai Penguatkuasa Agama boleh menghendaki bon untuk kehadiran pengadu dan saksi.

(1) Jika semasa sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Bab ini ternyata kepada pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang mencukupi atau alasan yang munasabah bagi menjustifikasikan permulaan atau perlanjutan prosiding jenayah terhadap mana-mana seseorang, pegawai itu hendaklah meminta pengadu itu, jika ada, dan seberapa ramai orang yang nyata kepada pegawai itu mengetahui akan hal-keadaan kes itu, sebagaimana dia fikirkan perlu, menyempurnakan bon untuk hadir di hadapan Mahkamah yang disebut di dalamnya dan memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap yang dituduh itu.

(2) Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantarkannya ke Mahkamah.

(3) Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan melaksanakan bon itu pegawai itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada Mahkamah yang boleh kemudiannya menurut budibicaranya mengeluarkan saman atau waran untuk menjamin kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya untuk memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap orang yang dituduh itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.