ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 159. Keterangan tambahan.

(1) Di dalam mengendalikan mana-mana rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan keterangan tambahan adalah perlu, mengambil keterangan tersebut sendiri atau mengarahkan keterangan itu diambil oleh Mahkamah yang membicarakan kes tersebut.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah yang membicarakan kes tersebut, ia hendaklah memperakukan keterangan itu, dengan pendapatnya mengenai kes itu dipertimbangkan dengan mengambil kira keterangan tambahan tersebut, kepada Mahkamah Rayuan Syariah, dan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah sesudah itu, seberapa segera menyelesaikan rayuan.

(3) Pihak-pihak dalam rayuan itu hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

(4) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan kes jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan perlu, mendapatkan atau menerima daripada Mahkamah yang membicarakan kes itu, laporan mengenai perkara yang bersangkutan dengan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.