ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 216. Enggan menandatangani pernyataan.

Sesiapa sahaja, yang enggan menandatangani apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya, apabila dikehendaki menandatangani pernyataan itu oleh seseorang pegawai agama yang berkompeten di sisi undang-undang untuk menghendakinya menandatangani pernyataan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau dikenakan kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.