ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN, DLL.
Waran Geledah



Seksyen 45. Kuasa untuk menghadkan waran geledah.

Mahkamah boleh jika difikirkan patut menentukan di dalam waran itu tempat yang tertentu atau bahagiannya penggeledahan atau pemeriksaan itu dibenarkan dan orang yang melaksanakan waran itu hendaklah kemudiannya menggeledah atau memeriksa tempat atau bahagian yang ditentukan itu sahaja.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.