BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN
(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja. (3) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak memberinya apa-apa nama tertentu, takrif kesalahan itu hendaklah dinyatakan setakat yang membolehkan tertuduh maklum tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduh. (4) Undang-undang dan peruntukan undang-undang yang terhadapnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan hendaklah disebut dalam pertuduhan itu. (5) Hakikat bahawa pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan pernyataan bahawa tiap-tiap syarat yang sah yang dikehendaki oleh undang-undang bagi mewujudkan kesalahan yang dipertuduh itu telah dipenuhi dalam kes tertentu itu.