ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas.



Seksyen 26. Qarinahnya kenyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung di dalam buku undang-undang.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu undang-undang sebuah negara, apa-apa kenyataan mengenai undang-undang itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa sebagai dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang itu, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan mahkamah negara itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa sebagai laporan mengenai keputusan itu, adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.