ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 55. Prosedur.

(1) Apabila maklumat yang tersebut dahulu adalah berhubung dengan pelakuan kesalahan tak boleh tangkap, pegawai itu hendaklah merujukkan pemberi maklumat itu kepada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama tidak boleh, dalam kes selain daripada yang tersebut dalam seksyen 18, menjalankan mana-mana daripada kuasa khas berhubung dengan penyiasatan yang diberi oleh Bab itu tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.

(3) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang mendapat perintah tersebut boleh menjalankan kuasa-kuasa berkaitan dengan penyiasatan yang diberi di bawah Bab ini kecuali kuasa menangkap tanpa waran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.