ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 7. Tafsiran.

(1) Di dalam Bahagian ini "plaintif" termasuklah pemohon dan "defendan" termasuklah pihak menentang dan "menuntut" dan "membela" hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2) Semua orang boleh bercantum sebagai plaintif atau defendan dalam suatu tindakan dalam atau terhadap mana-mana hak untuk relief berkenaan dengan atau timbul daripada urusan yang sama atau urusan bersiri yang dikatakan wujud, sama ada bersama, berasingan atau beralternatif di mana jika tindakan berasingan dikemukakan, apa-apa persoalan undang-undang atau fakta yang sama mungkin berbangkit:

Dengan syarat jika pada pendapat Mahkamah bahawa mana-mana cantuman boleh menyusahkan defendan atau melengahkan perbicaraan atau dengan jalan lain tidak menyenangkan, Mahkamah boleh, sama ada atas permohonan defendan atau atas usulnya sendiri, memerintahkan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang ia fikirkan patut.

(3) Penghakiman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan untuk mana-mana plaintif untuk relief yang ia berhak atau terhadap satu atau lebih defendan sebagaimana yang didapati bertanggungjawab mengikut tanggungan mereka masing-masing.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.