ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 43. Penubuhan Mahkamah Syariah.

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Melaka di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

(2) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Melaka.

(3) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Melaka.

(4) Yang di-Pertuan Agong, atas syor Ketua Hakim Syarie, boleh menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.