ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA



Seksyen 40. Perlantikan Kadi Besar dan lain-lain pegawai dan kuasa memberi Tauliah kepada pegawai-pegawai.


(1) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri boleh atas sokongan Majlis melantik pegawai-pegawai yang disebut dalam seksyen-kecil (2) dan pekerja-pekerja yang dikehendaki untuk melaksanakan maksud-maksud Enakmen ini.

(2) Perlantikan pegawai-pegawai berikut tidak akan berkuatkuasa jika tidak diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan mendapat Tauliah daripada Baginda -



Perlantikan pegawai-pegawai di perenggan (a) hingga ke perenggan (d) hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan.

(3) Jika, oleh kerana apa-apa sebab jua pun, pegawai-pegawai yang disebut dalam seksyen-kecil (2) tidak lagi memegang jawatannya, maka mereka hendaklah menyerahkan tauliah-tauliah mereka kepada Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan jika mereka tidak menyerahkannya, maka tauliah-tauliah itu hendaklah dianggap telah dibatalkan bermula dari tarikh berhentinya mereka memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.