ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA



Seksyen 16. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Sesiapa yang menghina kewibawaan atau ingkar, melanggar atau membantah titah perintah atau arahan Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai ketua Agama Islam, Majlis atau fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.