ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIII - DARIHAL KEPUTUSAN



Seksyen 119. Cara menyampaikan keputusan.

Keputusan bagi tiap-tiap pembicaraan dalam mana-mana Mahkamah Jenayah yang mempunyai bidangkuasa asal hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada dengan sertamerta atau kemudiannya yang mana hendak diberitahu kepada pihak-pihak berkenaan atau peguam-peguam mereka, dan yang dituduh itu hendaklah, jika ianya ada dalam tahanan, dibawa ke kadapan Mahkamah, atau jika ianya tidak didalam tahanan dikehendaki hadir mendengar keputusan itu disampaikan, melainkan jika kehadirannya dalam pembicaraan telah dikecualikan dan hukumannya hanyalah denda sahaja.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.