ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 169. Penyata perintah pelaksanaan.

(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam Borang MS 41 mengenai tiap-tiap perintah pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu kepada Pendaftar dan hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada dain penghakiman dan madin penghakiman.

(2) Dain penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, baucar atau dokumen lain yang berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan atau disenggarakan oleh bailif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.