ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 188. Bila orang hendaklah dilepaskan

(1) Sebaik sahaja bon itu disempurnakan, orang itu hendaklah dilepaskan dan jika dia berada di dalam penjara, Mahkamah yang membenarkan dia mengikat jamin itu hendaklah mengeluarkan suatu perintah pelepasan kepada pegawai yang menjaga penjara itu, dan pegawai itu, apabila menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau seksyen 185 boleh disifatkan menghendaki pelepasan mana-mana orang yang boleh ditahan bagi sesuatu perkara selain daripada perkara yang berkenaan dengan bon itu disempurnakan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.