ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 55. Tatacara.

(1) Apabila maklumat yang disebut dalam seksyen 54 adalah berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan tak boleh tangkap, pegawai yang kepadanya ia diberikan hendaklah menunjukkan pemberi maklumat itu kepada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Tiada Pegawai Penguatkuasa Syariah boleh, dalam sesuatu kes yang melibatkan kesalahan tak boleh tangkap, menjalankan mana-mana kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan yang diberikan oleh Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.

(3) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Syariah yang menerima perintah sedemikian boleh menjalankan kuasa berkenaan dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.