ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 6. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.