ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN



Seksyen 130. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah nafkah.

Tanpa menyentuh hak seseorang yang ada mempunyai kepentingan di bawah sesuatu perintah nafkah yang dibuat di bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakannya di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh, jika perintah nafkah itu dengan sengaja tidak dipatuhi, mengarahkan supaya jumlah yang kena dibayar itu didapatkan mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi mendapatkan denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah, atau boleh menjatuhkan hukuman penjara ke atas orang yang sengaja cuai mematuhi perintah nafkah itu selama tempoh tidak melebihi satu bulan bagi tiap-tiap bulan nafkah yang masih belum dibayar.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.