ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 6. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.
(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya mana-mana perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.
(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.
(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya ianya telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan—
(
a
) dengan kematian salah seorang daripada pihak-pihak yang berkahwin itu;
(
b
) dengan apa-apa talaq sebagaimana yang dilafazkan di bawah Enakmen ini;
(
c
) dengan perintah Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa; atau
(
d
) dengan penetapan pembatalan yang dibuat oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa,
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.