ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN II - KESAN KETAKPATUHAN



Seksyen 5. Permohonan mengketepikan kerana luar aturan.

Suatu permohonan untuk ketepikan apa-apa prosiding, apa-apa langkah yang diambil dalam mana-mana peringkat prosiding atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah di dalamnya kerana luar aturan tidaklah boleh dibenarkan melainkan permohonan itu dibuat dalam masa yang munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa-apa langkah baru selepas menyedari luar aturan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.