ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 173. Pembayaran daripada Mahkamah.

Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa jumlah wang yang dibayar ke dalam Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah atas permohonannya, dibayar keluar dari Mahkamah kepadanya tanpa apa-apa perintah:

Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh atas budi bicaranya dalam mana-mana hal, dan hendaklah, jika dia mendapat notis bahawa ada mana-mana orang lain menuntut jumlah wang berkenaan atau sebahagian daripadanya, menghendaki pemohon itu supaya mendapatkan perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.