ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 106. Pendakwa boleh menghentikan pendakwaan selanjutnya pada mana-mana peringkat.

(1) Pada mana-mana peringkat mana-mana perbicaraan di hadapan sebuah Mahkamah, sebelum diberi penghakiman, pegawai yang menjalankan pendakwaan boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa ia tidak bercadang untuk mendakwa lebih lanjut orang yang dituduh terhadap pertuduhan; selepas itu semua prosiding di atas pertuduhan terhadap orang yang dituduh boleh diberhentikan dengan kebenaran dari Mahkamah dan, jika telah diberhentikan sedemikian, orang yang dituduh itu hendaklah dilepaskan daripada tuduhan itu.

(2) Pelepasan hendaklah tidak terjumlah sebagai satu pembebasan kecuali Mahkamah mengarahkan sedemikian.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.