ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - SAMAN



Seksyen 23. Bentuk saman.

(1) Tiap-tiap tindakan hendaklah dimulakan dengan saman di dalam borang yang ditetapkan.

(2) Pernyataan tuntutan hendaklah diendorskan di belakang saman dan hendaklah mematuhi kehendak seksyen 52.

(3) Jika pernyataan tuntutan itu terlalu panjang, sehingga tidak dapat mengendorskan keseluruhan pernyataan tuntutan itu di belakang saman, maka ia boleh disambungkan pada kertas berasingan yang dilampirkan kepada saman itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.