ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 169. Keputusan diperakukan kepada Mahkamah yang membicarakan.

(1) Apabila sesuatu kes diputuskan atas rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memperakukan penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah yang membicarakan.

(2) Mahkamah yang membicarakan hendaklah kemudiannya merekodkan perintah atau keputusan Mahkamah Rayuan Syariah itu.


(3) Atas penarikanbalik atau pemberhentian, Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah dengan sewajarnya memberitahu Mahkamah yang membicarakan dan, jika mana-mana penggantungan perlaksanaan telah dibenarkan, hukuman atau perintah Mahkamah yang membicarakan hendaklah dikuatkuasakan dengan segera.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.