ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 97. Penggantungan

Jika plaintif telah menarik balik mana-mana prosiding di bawah seksyen 95 dan dia bertanggungan membayar apa-apa kos mana-mana pihak lain dalam tindakan itu, maka jika sebelum kos itu dibayar dia kemudiannya membawa suatu tindakan bagi kausa tindakan sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama, Mahkamah boleh memerintahkan supaya prosiding dalam tindakan itu digantung sehingga kos itu dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.