ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 7. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang atau oleh kerana silap faham fakta percaya dirinya dibenarkan oleh undang-undang.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang pada melakukannya, atau oleh seseorang yang oleh kerana silap faham fakta dan bukannya oleh kerana silap faham undang-undang dengan suci hati percaya dirinya sebagai dibenarkan oleh undang-undang pada melakukannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.