ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 98. Melarikan diri bagi mengelakkan daripada disampaikan saman atau lain-lain prosiding daripada penjawat awam.

Mana-mana orang yang melarikan diri dengan tujuan hendak mengelakkan daripada ditangkap dengan waran, atau hendak mengelakkan daripada disampaikan suatu saman, notis, atau perintah yang dikeluarkan oleh mana-mana penjawat awam, yang kompeten di sisi undang-undang sebagai penjawat awam itu, mengeluarkan waran, saman, notis atau perintah itu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau, jika saman, notis atau perintah itu menghendaki ia hadir sendiri atau hadir melalui wakilnya atau menghendaki ia mengemukakan sesuatu dokumen di Mahkamah, hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.