ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN 1 - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH AM
Bila Watak menjadi Qarinah



Fasal 42. Watak buruk yang terdahulu tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab.

Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah qarinah, melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu ialah menjadi qarinah.

Huraian 1 - Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kes dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2 - Sesuatu sabitan yang dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang buruk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.