ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 153. Penguatkuasaan oleh atau terhadap orang yang bukan pihak.

(1) Mana-mana orang, yang bukan suatu pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang mendapat apa-apa perintah atau yang bagi faedahnya apa-apa perintah dibuat, adalah berhak menguatkuasakan pematuhan kepada perintah itu melalui proses yang sama seolah-olah dia adalah suatu pihak dalam kausa atau perkara itu.

(2) Mana-mana orang, yang bukan suatu pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang terhadapnya pematuhan kepada mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan, boleh dikenakan proses yang sama bagi menguatkuasakan pematuhan kepada penghakiman atau perintah itu seolah-olah dia adalah suatu pihak dalam kausa atau perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.