ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 124. Meninggal langsung isteri.

Jika seseorang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan ia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.